nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anak lahir luar negara dijangka boleh pilih warganegara umur 18 tahun

10 JUN: Had umur melucutkan kewarganegaraan dijangka diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Ia menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan bukan warganegara.

Perkara itu merupakan satu daripada lapan perkara yang dipersetujui jawatankuasa khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dimasukkan sebagai cadangan untuk pindaan Perlembagaan.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.

“Antara cadangan ialah penurunan had umur ini. Maksudnya, bila pindaan Perlembagaan itu dibuat nanti dan wujud keadaan seorang anak itu dengan kuat kuasa undang-undang menjadikan dia warganegara, pada masa yang sama dia juga warganegara sesebuah negara lain mengikut bapanya, jadi dia akan ada dua kewarganegaraan.

“Tapi Perlembagaan Persekutuan negara kita tidak membenarkan dua kewarganegaraan, jadi waktu bila dia kena `renounce’ (melucutkan kewarganegaraan)?

“Jadi, sekarang ini umurnya adalah 21 tahun dan kita cadang turun 18 tahun sebab kita nak selaraskan dengan umur mengundi. Jadi, akan membabitkan beberapa cadangan pindaan Perlembagaan dan akta yang berkaitan, itu satu contoh supaya ada keselarasan,” katanya.

Beliau berkata demikia selepas menghadiri program Townhall Ikon MADANI bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Utara Malaysia, hari ini.

Saifuddin Nasution dalam masa yang sama turut berkata, dua jawatankuasa khas diwujudkan iaitu di peringkat KDN, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha dan di peringkat Kabinet, yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Katanya, kedua-dua jawatankuasa itu menjalankan kajian terperinci dan melakukan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan, selain melihat tindakan negara lain, bagi memastikan cadangan komprehensif dapat dihasilkan untuk pindaan Perlembagaan itu.

Beliau berkata, selepas semua cadangan itu dipersetujui di peringkat kementerian dan Kabinet, ia akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan jika diperkenankan, barulah dibentangkan di Parlimen, yang diharap dapat dilakukan pada persidangan hujung tahun ini.

Februari lalu, Kabinet dilaporkan bersetuju meminda Perlembagaan untuk memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.