nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mesyuarat PH-BN berjaya kurangkan pertindihan kerusi

16 JUN: Mesyuarat antara pemimpin Kerajaan Perpaduan malam tadi berjaya mengurangkan jumlah pertindihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad dimana beliau turut menjelaskan, perbincangan mengenai agihan kerusi berkenaan akan terus berlangsung, termasuk di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Jumlah kerusi yang bertindih dikurangkan. Bagi yang masih bertindih, serah kepada Majlis Presiden (PH) (untuk diputuskan),” katanya memetik Berita Harian, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah kerusi yang masih bertindih.

Malam tadi, pemimpin Kerajaan Perpaduan bermesyuarat selama kira-kira tiga jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, dipercayai bagi rundingan akhir pembahagian kerusi antara PH dan BN untuk PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan pemimpin yang hadir berhubung hasil mesyuarat berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong; Khalid; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata rundingan bagi pembahagian kerusi di Selangor berjalan lancar dan hampir selesai.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan memaklumkan mengenai perincian agihan kerusi berkenaan selepas dimuktamadkan sepenuhnya kelak.

“Setakat ini, yang ada hanya konsensus di peringkat negeri. Kuasa memuktamadkan kerusi hanya ada pada Majlis Presiden,” katanya.

Ahad lalu, Amirudin berkata, terdapat tiga daripada 56 kerusi DUN Selangor belum diputuskan kerana berlaku pertindihan permintaan daripada PH dan BN di kerusi terbabit.

Setakat ini, tiga negeri sudah mengumumkan mengenai pembubaran DUN, iaitu Pulau Pinang pada 28 Jun ini, Negeri Sembilan (30 Jun) dan Kelantan (22 Jun), manakala Kedah akan mencadangkan pembubaran pada 28 Jun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.