nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM diugut ‘geng kaya’ jatuhkan kerajaan perpaduan

30 JUN : Perdana Menteri memaklumkan yang beliau menerima ugutan daripada ‘geng kaya’ yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, jelasnya beliau tidak terkesan sedikitpun dengan ugutan itu dan akan terus lawan untuk mempertahankan prinsipnya demi rakyat

Sambil menjelaskan perkara itu, beliau tidak menyebut secara spesifik tentang siapa yang dimaksudkan dengan ‘geng kaya’ itu.

“Saya lalui liku-liku hidup susah dan orang Permatang Pauh juga faham. Ketika ini hutang negara cecah RM1.5 trilion menjadikan keadaan susah.

“Jadi kita perlu bersihkan negara ini daripada kerja-kerja rasuah yang menyebabkan pelbagai ugutan saya terima daripada geng-geng kaya yang sedang berpakat dengan menggunakan agenda ‘Hidup Melayu’.

“Saya tiada masalah (pakatan geng kaya) yang mana saya kini lawan tetap lawan untuk mempertahankan prinsip ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kenduri korban di luar perkarangan Masjid Jamek An Nur Kampung Guar Perahu, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang dendam terhadap mana-mana individu khususnya pemimpin kerajaan terdahulu sepertimana didakwa.

“Orang kata Anwar ini tidak ada kerja lain, cakap pasal rasuah sebab nak balas dendam.

“Saya tak dendam, siapa yang disiasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dia yang jawab dan jelaskan serta bukan saya yang arahkan.

“Ini setiap kali ada kes rasuah, kata Anwar yang arahkan sedangkan (Perdana Menteri) ada banyak kerja lain perlu buat,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut meminta rakyat membuat penilaian dengan adil walaupun mendengar pelbagai ‘cakap-cakap’ luar yang terus menabur fitnah terhadap pentadbirannya.

Tegasnya, rakyat juga harus tahu membezakan antara fitnah dan serangan politik yang kerajaan ketika ini sedang giat memulihkan keadaan negara yang rosak teruk.

“Boleh kritik, bukan semua saya buat betul…adakalanya ada kelemahan yang saya tak tahu, tetapi cerca dan fitnah memang tak boleh…tak kira dia pakai kopiah, ketayap dan kot,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.