nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Elak jadi pak turut, anak muda perlu ada idealisme

1 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu generasi muda yang bakal menjadi pewaris pimpinan negara mempunyai nilai dan idealisme untuk membawa perubahan kepada diri sendiri dan masyarakat.

Anwar berkata, idealisme itu dapat membantu anak muda mencari erti kebenaran dan keadilan sekali gus menolak sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di negara ini.

“Anak muda perlu memiliki idealism. Mereka perlu suka kepada perkara yang baik, adil dan benci kepada rasuah dan penyelewengan.

“Saya mahu jadikan anak muda itu generasi baharu yang boleh berfikir, boleh menimba ilmu dan menilai dengan baik dan tahu apa itu mungkar, kezaliman, penindasan dan penipuan.

Mereka (anak muda) perlu bijak mengkaji sesuatu perkara sebelum bertindak supaya tidak mudah menjadi ‘pak turut’.

Beliau berkata demikian dalam program Temu Anwar@Kuantan Dialog Anak Muda yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kuantan Pahang.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru anak muda agar tidak meninggalkan budaya membaca kerana ilmu dapat membantu mereka membuat penilaian dengan lebih baik dan menegakkan keadilan terhadap sebarang isu.

Tambah beliau, Malaysia Madani tidak mungkin dapat diangkat tanpa akhlak, nilai dan kesediaan anak-anak muda untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang meluas.

“Percayalah kalau mahu menjadi manusia dan insan yang menyebut karamah insaniah, manusia yang ada nilai, akhlak dan ilmu, mesti mulakan tradisi membaca dengan serius.

“Saya hendak gesa secara serius, negara ini harus diangkat menjadi negara Madani yang ada ilmu, yang ada nilai, yang ada ihsan, ada rahmah.

“Semua itu boleh dipupuk melalui semangat membaca dan menimba ilmu,” katanya.

Pada majlis, itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM5 juta untuk membaiki infrastruktur institusi berasaskan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pahang,

Pada program santai itu, Perdana Menteri turut menasihatkan generasi muda untuk tidak mudah mempercayai semua informasi di media sosial, kerana terdapat banyak perkara tidak benar disebarkan di platform komunikasi itu.

Kira-kira 5,000 anak muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi hadir pada program Temu Anwar Kuantan itu.

Oleh NURUL AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.