nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN dinasihatkan agar tidak ‘play victim’

4 OGOS : Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan supaya tidak bersikap ‘play victim’ sekiranya diambil tindakan oleh polis kerana memainkan isu 3R (bangsa, agama dan raja) sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN).

Ini kerana menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah dingatkan berkali-kali oleh institusi raja dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain agar semua parti yang bertanding tidak menggunakan isu 3R sepanjang tempoh berkempen.

“Apabila diambil tindakan, dia kata dia menjadi mangsa. Dia kata di Malaysia sudah tiada kebebasan bersuara.

“Jadi sekali lagi kita mengulangi supaya tak perlu menyentuh perkara-perkara yang telah diberi peringatan berulang kali sama ada oleh pihak berkuasa atau institusi raja-raja,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung tindakan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu 3R dalam satu program di Kapar, Selangor baru-baru ini, katanya ia isu yang berprofil tinggi.

“Sultan Selangor sebelum ini sudah menitahkan supaya isu terbabit tidak dibahaskan sehingga ia dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR), namun Muhyiddin didapati telah ingkar kepada titah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Itu boleh dinilai oleh rakyat, kalaulah nasihat Tuanku pun tak boleh nak patuh, nasihat siapa lagi?” katanya.

Sebelum ini, satu portal melaporkan, Muhyiddin mendakwa Kerajaan Perpaduan sebenarnya ditadbir ‘orang bukan Melayu’ susulan tiada rayuan di mahkamah berhubung isu kalimah ALLAH.

Ketika menggalas tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin turut mendakwa menerima tekanan daripada DAP untuk tidak mengemukakan rayuan.

Pada Mei lalu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah ALLAH dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) menasihati pemprotes supaya tidak melakukan khianat terhadap bahan kempen seperti papan iklan sepanjang tempoh berkempen ini.

Beliau yang kesal dengan insiden tersebut berkata, isu terbabit tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat lebih terdidik serta berpengetahuan berbanding politik tahun 60-an atau 70-an.

“Oleh itu, saya menasihatkan semua pemprotes tidak lagi mengulangi perbuatan mereka itu kerana ia tidak bagus untuk budaya politik yang baru dalam negara kita sekarang ini,” tambahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.