nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mereka mahu rampas Selangor, hendak kaut kekayaan – Anwar

7 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar pentadbiran kerajaan negeri Selangor terus dipertahankan, disebabkan prestasi dan komitmen yang ditunjukkannya dalam membantu pembangunan negara.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, ini kerana Selangor mempunyai potensi yang baik dan berperanan penting dalam mempertahankan induk serta kekuatan ekonomi negara.

“Tengok pada prestasi Selangor, ia boleh lagi diangkat. Selangor mempunyai peranan penting dalam pertahankan induk dan kekuatan ekonomi negara, mereka (Perikatan Nasional) memang sedang berusaha untuk merampas Selangor kerana hendak mengambil kesempatan mengaut kekayaan Selangor, jadi jangan beri peluang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Mega Di Dun Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, malam tadi.

Anwar seterusnya menyelar prestasi kerajaan terdahulu yang disifatkan gagal menyelesaikan masalah negara terutamanya dari segi pentadbiran dan ekonomi sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Sebenarnya ekonomi kita pernah berada di tahap yang membanggakan walaupun tidak cemerlang. Namun bermula 20 tahun yang lepas kita sudah mula terumbang-ambing, dan 3 tahun lalu semasa Covid-19, ekonomi kita terus menjunam.

“Dulu kita mengatasi Vietnam, jauh meninggalkan Indonesia dan sedikit kurang dari Singapura, apa yang perlu kita buat sekarang adalah merombak semula dan jadikan Malaysia negara yang cemerlang di rantau Asia,” ujarnya.

Beliau juga turut menyeru kepada rakyat Malaysia supaya tidak tersalah memilih pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memberi kekayaan kepada keluarga dan kroni sehingga mengakibatkan kemiskinan rakyat.

Mengulas berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang 12 Ogos ini, beliau berharap agar setiap calon berkempen secara berhemah dan tidak menggunakan fitnah sebagai modal bagi memenangi hati rakyat.

“Kita sudah sampai pada babak akhir.Pilihan raya merupakan kesempatan untuk kita berbicara tentang pentadbiran negara atau kita perlu tukar ganti, bukan untuk kita cerca fitnah, maki dan perbodohkan orang.

“Mereka kata Anwar tiada modal lain, hanya tekankan tentang tatakelola dan anti rasuah namun itulah permasalahan pokok yang dihadapi negara kita. Ada yang tanya saya apa perubahan sepanjang 8 bulan, jangan tanya saya tentang mercu tanda paling tinggi dan jambatan paling panjang. Kerja paling utama adalah menyelesaikan masalah rakyat di bawah.

“Perkara paling utama adalah menyelesaikan masalah miskin tegar di negara ini. Kerajaan Perpaduan akan menoktahkan kemiskinan tegar menjelang 2023. Sebagai pemimpin kita tidak boleh bersenang-lenang dan makan enak namun ada rakyat yang tidak mempunyai wang untuk beli susu anak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.