nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aminuddin Angkat Sumpah MB Negeri Sembilan

14 Ogos : Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua.

Aminuddin, 56 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah jam 4.15 petang pada Isnin.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Aminuddin mempertahankan DUN Sikamat selepas menewaskan calon PN dan Bebas, Sabtu lalu.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta kepimpinan barisan Kerajaan Perpaduan negeri daripada BN dan PH.

Sabtu lepas, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat lima kerusi.

Pada PRN kali ini, Aminuddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan menewaskan calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal serta dua calon Bebas, Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin dengan majoriti 2,662 undi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu yang merupakan penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008 turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, 53 dikurniakan lima cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Aminuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.