nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terserah sikap kerajaan negeri kerjasama dengan Pusat

17 Ogos : Hubungan kerjasama antara pentadbiran kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah parti pembangkang bergantung kepada sikap pimpinan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyerahkan kepada negeri berkenaan untuk meneruskan kerjasama atau sebaliknya, berdasarkan syarat yang ada.

“Terserah kepada sikap mereka. Kalau mahu kerjasama, saya akan ikut kaedahnya. Ini bukan hanya dari segi kenyataan saja tetapi tindakannya.

“Saya nak pastikan semangat tatekelola itu betul, jika mahu wang untuk orang miskin, bagi kepada orang miskin, jangan agihkan kepada lain. Saya sangat tegaskan bab ini,” kata beliau selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Kedah menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan Putrajaya walaupun berbeza parti atas semangat federalisme.

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar tindakan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri susulan keputusan pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu.

Katanya, Muhyiddin sepatutnya menumpukan kepada kes mahkamah yng sedang dihadapinya.

Anwar menegaskan, ketika ini beliau masih mendapat sokongan melebihi majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Keputusan PRN juga menunjukkan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menang di tiga negeri.

“Kita kekal kemenangan kita di tiga negeri dan mendapat sokongan lebih dua pertiga majoriti Ahli Parlimen. Dia buat perkiraan apa? Saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan meminta Anwar dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta merta susulan penolakan pengundi Melayu terhadap PH-BN dalam PRN enam negeri, Sabtu lalu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid. OLEH AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.