nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor berpotensi jadi hab industri hiliran lada : Fadillah

23 Ogos : Johor berpotensi menjadi hab industri hiliran lada susulan kedudukannya yang strategik serta berhampiran dengan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kedudukan itu juga mejadikan Johor memiliki pasaran yang luas dalam industri pemprosesan makanan.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata produk hiliran perlulah dihasilkan di Johor supaya menjadi produk Johor dan boleh dieksport ke luar negara.

“Di Malaysia, pengeluar lada paling besar ialah Sarawak tetapi di Semenanjung, Johor mempunyai paling ramai pekebun kecil, justeru Johor boleh jadi hab untuk industri hiliran (lada),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di Le Grandeur Palm Resort di Senai, Johor, semalam.

Dalam pada itu, Fadillah berkata satu projek rintis menggunakan teknik pertanian pintar di Sarawak, telah dimulakan sejak tahun lepas dalam usaha kerajaan untuk menambah baik kaedah penanaman sekali gus meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil.

“Salah satu fokus kita juga ialah penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan, bukan sahaja untuk menghasilkan benih yang lebih sesuai dengan keadaan sekarang atau tingkatkan produktiviti tetapi pada masa yang sama dari segi kaedah penanaman.

“Ini kerana kalau lada ini ditanam di lereng-lereng bukit dan keadaan majoriti pekebun kecil kita agak berumur, dari segi tenaga untuk naik turun sama ada untuk menanam, meracun, memetik dan sebagainya, mungkin menjadi cabaran kepada mereka,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata kerajaan prihatin dengan nasib pekebun kecil komoditi yang rata-ratanya terkesan daripada impak ekonomi yang melanda dunia.

Bagi menangani isu kenaikan harga input pertanian kementeriannya menerusi Lembaga Lada Malaysia menyemak semula nilai bantuan dengan meningkatkan bantuan bagi Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) kepada RM46,000 bagi setiap hektar berbanding RM26,000 bagi setiap hektar sebelum ini.

“Manakala kadar bagi Skim Tanaman Lada Matang (STLM) pula ditingkatkan kepada RM25,000 bagi setiap hektar berbanding RM13,000 sehektar sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata had pemberian bantuan juga dinaikkan daripada 0.5 hektar sebelum ini kepada sehingga 1 hektar untuk STLB dan dinaikkan juga daripada 0.2 hektar sebelum ini kepada sehingga dua hektar untuk STLM bertujuan untuk terus menggalakkan pekebun meningkatkan keluasan dan produktiviti pengeluaran tanaman mereka.

“Secara keseluruhannya, bantuan sebanyak RM1.14 juta telah diluluskan di bawah STLB dan STLM dengan jumlah keluasan tanaman seluas 47 hektar dan memanfaatkan seramai 241 orang pekebun,” katanya.

Menurutnya lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar lada kelima terbesar di dunia selepas Vietnam, Brazil, India dan Indonesia.

Industri lada negara juga mencatatkan prestasi membanggakan dengan merekodkan nilai eksport sebanyak RM181.4 juta pada 2022 berbanding RM153.5 juta pada 2021.

“Sehingga Jun 2023, nilai eksport lada negara sebanyak RM65.94 juta. Pencapaian ini saya kira amat membanggakan dan menjadi harapan kita semua khususnya pihak kementerian agar momentum ini dapat berterusan walaupun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.