nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadi pemimpin fikir khidmat untuk rakyat bukan bergaduh : PM

25 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pemimpin perlu memikirkan khidmat dan bakti yang terbaik untuk rakyat bukan asyik memaki hamun dan bergaduh.

Beliau mengambil contoh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi membantu untuk meringankan beban rakyat.

“Jadi kerajaan ini, kita fikirkan (inisiatif yang baik untuk rakyat), bukan hendak bergaduh, maki hamun orang, bukan cerca orang, bukan gaduh sesama kaum dan parti…tidak.

“Bila jadi (kerajaan yang pikul) amanah, itu yang kita buat. Contoh Salahuddin sudah lama dalam politik tetapi apabila beliau pegang jabatan (KPDN) tumpuan kerja laksanakan amanah, mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

“Moga contoh ini dapat diteruskan, kuatkan kerajaan dengan maksud beri khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya ketika menghadiri Kenduri Rakyat di Dataran Taman Dahlia, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan bantuan Bakul Rahmah kepada 10 penduduk di Taman Dahlia.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri KPDN, Fauziah Salleh.

Sempena dua Pilihan Raya Kecil (PRK) melibatkan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor yang akan berlangsung 9 September ini, beliau sempat mengingatkan semua pihak supaya mematuhi etika berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sudah bincang dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya pastikan tidak ada pelanggaran, kita hormat peraturan yang ditetapkan SPR.

“Etika kempen dan juga penyaluran bantuan kerajaan juga kita dah pastikan (berjalan lancar),” katanya

Mengulas mengenai tindakan parti yang menggunakan logo sendiri bagi menyampaikan bantuan rakyat, Anwar menegaskan penyaluran bantuan oleh kerajaan kepada rakyat tidak boleh dilakukan atas nama atau lambang mana-mana parti politik.

Sebaliknya, beliau berkata, apa-apa yang disalurkan perlu menggunakan nama kerajaan.

“Ada berbangkit tentang bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat (yang menggunakan) lambang parti…(ini) tidak boleh digunakan.

“Ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dulu dan ada juga satu dua (isu) yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

“(Jadi) arahan kita (amalan) ini tidak boleh (diteruskan). Bantuan kerajaan perlu disalur atas nama kerajaan,” katanya

Penamaan calon bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan berlangsung esok manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Terdahulu, bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat diumum sebagai calon parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Parlimen Pulai dan Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman calon PH bagi PRK DUN Simpang Jeram.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar pula diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Parlimen Pulai dan pakar bedah endovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya diumumkan sebagai calon bagi kerusi DUN Simpang Jeram.

PRK untuk kedua-dua kawasan ini diadakan susulan kematian Salahuddin merangkap Timbalan Presiden Amanah, 23 Julai lalu.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.