nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hadir program PN, Jailani nafi berpaling tadah

26 OGOS : ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis bertegas kehadirannya ke program Perikatan Nasional (PN) di Johor baru-baru ini atas kapasitinya sebagai wakil Muafakat Nasional (MN).

Beliau menegaskan tidak pernah berpaling tadah daripada UMNO meski beliau hadir ke majlis pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Rabu lalu.

“Ada juga kata saya berpaling tadah dan sebagainya…dulu dalam PKR pun tak pernah, saya ada bukti dua surat pemecatan pada dua tarikh berbeza.

“Saya tidak cakap pun soal itu (beralih ke PN), saya masih lagi percaya belum terlambat untuk semua umat Islam, Melayu dan Bumiputera bersatu di bawah naungan MN,” kata bekas exco kerajaan Melaka itu, lapor FMT.

Katanya, kesetiaan seseorang itu tidak harus diukur kepada parti disertainya semata-mata tetapi pada agama, bangsa dan negara.

“Kesetiaan (saya) pada agama, bangsa dan tanah air…apa guna kita setia kepada parti tetapi menjahanamkan tiga itu,” katanya.

Jailani  berkata beliau akan memberikan maklum balas sewajarnya terhadap surat tunjuk sebab kepada  Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya hadir program parti lawan.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata surat tunjuk sebab akan diberikan kepada Jailani sebelum sebarang keputusan dibuat terhadapnya.

Jailani antara dua bekas Exco Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang tidak dicalonkan semula selepas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik ketua menteri, Mac lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.