nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadikan Selangor sebagai pengajaran

3 SEPT : Peratusan keluar mengundi yang tinggi dapat membantu menjamin kedudukan dua pertiga Kerajaan Perpaduan di Parlimen, sekali gus mengingatkan pengundi di Parlimen Pulai untuk keluar mengundi pada 9 September ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, semua pihak perlu mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga berikutan peratusan keluar mengundi tidak cukup tinggi.

Katanya lagi, perkara itu berlaku kerana rakyat terlalu yakin boleh menang.

“Angka ini menyebabkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat kerusi dengan majoriti yang sangat tipis seterusnya tidak mendapat dua pertiga setelah menang 34 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

“Kerusi yang tewas dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi itu membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil dengan 400 undi, Taman Medan (30 undi), Gombak Setia (58 undi) dan Sungai Kandis (167 undi).

“Saya tahu ramai yang katakan PH-BN ada peluang besar menang di Pulai, tetapi saya juga harap kita tidak terlalu selesa. Jika berpandangan seperti itu, akan jadi macam apa yang berlaku di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, Johor Bahru malam tadi.

Yang turut hadir ialah Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong; Pengarah Komunikasi Parti AMANAH, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu, Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi kira-kira 71 peratus, manakala pengundi masyarakat Cina yang melaksanakan tanggungjawab itu hanya 61 peratus.

Mengulas lanjut, Amirudin turut berkata, setiap undi adalah bermakna dan bernilai.

“Jika peratusan keluar mengundi naik sebanyak 0.5 peratus lagi, kita boleh menang empat kerusi ini dan sahkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Negeri, tapi perkara sudah berlaku.

“Jadinya, pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram ingatkan rakan-rakan ini adalah untuk negara dan masa depan kita, pemulihan negara sedang dilakukan dan saya jamin Kerajaan Perpaduan kekal sampai habis penggal.

“Di Selangor lebih 60 peratus rakyat menyokong Kerajaan Perpaduan dan menyekat berlakunya gelombang yang dicanang Perikatan Nasional (PN) dan perkara ini perlu diteruskan di Parlimen Pulai ini,” katanya.

Selain itu, Amirudin juga meminta pengundi di Parlimen Pulai terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan menghentikan impian pembangkang untuk menjadikan Pulai sebagai tapak untuk cipta gelombang baharu.

“Pengundi perlu kekalkan kerusi ini (kepada PH-BN), majoriti dua pertiga ini membolehkan kerajaan lebih seimbang, sokonglah kepada Kerajaan Perpaduan dan kekalkan Pulai sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berjasa besar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.