nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara tepat

3 SEPT : Pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 September ini disifatkan sebagai tepat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.

“Beliau merupakan seorang yang profesional dan saya yakin pelantikan ini adalah tepat. Ini kerana kita melihat ini sebagai pelantikan dalaman daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memang terdiri daripada peguam-peguam pakar, yang mewakili kepentingan negara dalam sektor perundangan,” katanya selepas perjumpaan dengan wakil-wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Kempas di Taman Dahlia, di Johor Bahru, malam tadi.

Azalina dalam masa turut berharap pelantikan itu akan membawa kepada kesinambungan kerja-kerja yang dilaksanakan Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan AGC secara menyeluruh.

Ahmad Terrirudin, merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022 menggantikan Idrus yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Mengulas mengenai dakwaan tentang kebocoran dokumen memo dalaman AGC, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat.

“Kalau dia (Pemuda UMNO) nak buat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah agensi yang bertanggungjawab siasat,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta agar Ahmad Terrirudin mengesahkan sama ada berlaku atau tidak kebocoran dokumen memo dalaman AGC seperti yang tular di media sosial.

Dr Muhamad Akmal juga berkata, jika kebocoran berlaku, pihaknya akan membuat satu laporan kepada SPRM dalam masa terdekat, selepas menggerakkan seluruh ahlinya untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sebelum ini, dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 Okt 2019 tersebar dalam talian, yang didakwa sebagai memo dalaman daripada pasukan pendakwaan bagi kes Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Dokumen itu didakwa tertulis pengesyoran enam daripada pertuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah digugurkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.