nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fatwa politik: Polis siasat Muhyiddin, terima 2 laporan

6 SEPT : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kenyataan ‘fatwa’ politik yang dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 2 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima dua laporan polis berkait kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu.

“PDRM mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram. Setakat ini, dua laporan polis telah diterima berhubung kenyataan itu.

“Temu janji rakaman percakapan dengan beliau mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah ditetapkan pada 11 September ini di pejabatnya di Bangunan MIDA di ibu negara oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman,” menurutnya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sabtu lalu, ketika berucap pada ceramah PN di Kempas, Muhyiddin dilaporkan mengeluarkan fatwa haram mengundi calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat pada PRK Pulai yang dijadualkan 9 September ini.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata satu lagi siasatan yang dibuat terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkait isu mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah pun lengkap dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform itu hingga menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.