nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar tiada kaitan dengan kes Zahid

6 SEPT : Keputusan pihak pendakwaan memohon Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), kelmarin tiada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kuasa dan tindakan Jabatan Peguam Negara itu berlandaskan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mendakwa atau tidak, untuk teruskan atau tarik balik (pendakwaan), itu kuasa yang ada dalam Perlembagaan (Persekutuan)…sebab itu saya menolak dan menangkis tuduhan dan andaian bahawa apa yang dibuat oleh peguam negara, semuanya di bahu (arahan) perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah kelompok Pakatan Harapan di Taman Anggerik, Kempas di Johor Bahru, malam tadi.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid dan permohonan itu dibenarkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hakim Collin dalam keputusannya berkata beberapa alasan diberikan pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Katanya, oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi yang membabitkan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.

Terdahulu dalam ceramahnya, Saifuddin Nasution menyifatkan tindakan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri berhubung kes Zahid itu mencerminkan pendirian pembangkang yang tidak konsisten.

Kata Saifuddin, pembangkang hanya mempertikaikan keputusan itu jika tidak memihak kepada mereka.

“Beberapa minggu lepas penguam kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah dan Muhyiddin dibebaskan….kini, Hisyam juga peguam kepada Zahid dan dibebaskan juga…tapi yang salah Anwar.

“Lihat tak kosistennya mereka (pembangkang), bila yang lepas itu orang kita (dalam kalangan pembangkang) itu ok…tapi bila lepas itu musuh (kerajaan) kita (pembangkang) Anwar yang salah, seolah-olah Anwar yang ketua eksekutif ini semua di bawah telunjuk dia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.