nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Indonesia-Malaysia saling melengkapi, tak perlu berbalah hal kecil

6 SEPT: Indonesia dan Malaysia datang dari rumpun yang sama justeru kedua-dua negara sepatutnya tidak perlu berbalah tentang hal kecil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan sepatutnya boleh saling melengkapi antara satu sama lain.

“Sebenarnya secara umumnya tidak ada masalah namun tedapat segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia yang masih lagi berbalah tentang hal yang kecil.

“Kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan budaya dan perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu.

“Konflik tersebut timbul daripada tokoh-tokoh politik picisan yang lemah akalnya. Hal-hal kecil diperbesarkan untuk mengaut kekuatan dan dukungan. 

“Malaysia dan Indonesia merupakan satu sejarah namun dipisahkan oleh kolonial Portugis, Belanda dan Inggeris  yang menjajah dahulu. Jadi mengapa kita perlu ambil sikap rendah akal budi dan memadamkan sejarah semata-mata kepentingan kecil,” katanya semasa Program Temu Anwar yang berlangsung di Jakarta Indonesia, malam tadi.

Siri program Temu Anwar yang membuka ruang setiap lapisan masyarakat bertanyakan soalan secara langsung kepada perdana menteri itu julung kalinya diadakan di luar negara.

Program itu turut dihadiri barisan menteri Indonesia, selebriti tempatan seperti Ahmad Dhani, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina serta rakyat Malaysia yang berada di sana.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa nilai kemanusiaan harus dipupuk sebelum berbicara tentang penyatuan dan hidup berbudaya.

 Jelas beliau, setiap negara pasti mempunyai perbezaan pendapat namun ia tidak seharusnya menjadi punca perbalahan antara kedua-dua negara.

“Jika ada minat untuk membicarakan soal penyatuan dan hidup berbudaya, pastikan kita mengutamakan soal nilai kemanusian dah kasih sayang, ihsan dan rahmah terlebih dahulu. Itu antara nilai-nilai kemanusian yang kita tinggalkan.

“Malaysia dan Indonesia mempunyai budaya yang sama dan setiap budaya mempunyai kelainan dan kesenian yang perlu dihargai.

“Sewaktu saya kecil, saya membaca karya beberapa karya Indonesia termasuk Hamka.Itu saya anggap sebagai budaya warisan yang sama walaupun penulis tersebut berasal dari Sumatra

“Jadi,mengapa kita tidak boleh mengangkat semangat dan kecintaan yang sama. Saya fikir kita  harus ada kematangan, kekuasaan kerana ia akan memberi faedah besar bagi kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan Malaysia telah berjaya menghantar pulang puluhan ribu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang tidak mempunyai dokumen sah.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tetap menangani isu tersebut dengan baik tanpa pendakwaan di mahkamah walaupun soal dokumen merupakan hal yang serius.

“Kalau yang sudah ditangkap, dikirim (dihantar) pulang dan dipercepatkan proses itu, katanya .

Temu Anwar diadakan dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke negara Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung di Jakarta dari 5 hingga 7 September.

Temu Anwar diadakan khusus bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk mengutarakan soalan secara langsung.

*Foto : SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.