nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Udara tidak sihat dikesan di Shah Alam, Serian, Kuching

6 SEPT : Tiga stesen pengawasan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat semalam melibatkan Kuching dan Serian, Sarawak; dan Shah Alam, Selangor.

Bacaan IPU tahap tidak sihat di Shah Alam dengan bacaan IPU 149, Kuching (IPU 152) dan Serian (IPU 152).

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan.

Katanya, ia bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan situasi jerebu yang melanda negara.

“Pergerakan angin dari arah tenggara telah membawa asap jerebu dari kawasan barat Kalimantan ke selatan Sarawak dan menyebabkan peningkatan kepada bacaan IPU di kawasan-kawasan tersebut.

“Manakala, peningkatan bacaan IPU yang direkodkan di stesen pengawasan kualiti udara di Shah Alam adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran stesen yang mempengaruhi bacaan IPU semasa,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Katanya, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke masa.

Dalam kenyataan sama, Wan Abdul Latiff berkata imej satelit Pusat Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) 20 telah mengesan 64 titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia, 55 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia dan lapan lagi di dalam negara iaitu empat di Sarawak dan empat di Sabah.

Beliau turut menasihatkan pemilik tanah agar memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang serta kawasan pertanian dan industri.

“Ambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehigga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.

Menurut Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.