nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usahawan luar bandar dibantu tembusi pasaran halal global

7 SEPT : Pasaran halal di peringkat global yang kini semakin meluas boleh menjadi platform untuk usahawan luar bandar memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kementeriannya memainkan peranan untuk membimbing usahawan luar bandar menembusi pasaran itu.

“Besar harapan saya untuk melihat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berperanan secara efektif membimbing usahawan luar bandar supaya produk mereka dapat dinaik taraf dan kemudiannya dipasarkan ke peringkat global.

“Tambahan lagi pasaran halal di peringkat global kini mencecah 3.3 trilion USD. Jumlah pasaran yang besar ini membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk menengahkan produk mereka setara dengan produk antarabangsa dengan syarat usahawan luar bandar mesti berani bersaing dan punyai semangat kompetitif dalam memasarkan produk mereka,” katanya melalui catatan di Facebook, hari ini.

Beliau menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 Bersama Pemain Industri Dan Pihak Berkepentingan kementerian yang membabitkan 120 peserta terdiri daripada wakil-wakil agensi-agensi kerajaan termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKDW.

Dalam hantaran sama Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan KKDW memberi tumpuan mempertingkat prasarana serta memperkasa ekonomi luar bandar.

“Saya memberikan tumpuan dalam mempertingkatkan prasarana luar bandar antaranya dengan menaiktaraf kehidupan penduduk Sabah, Sarawak dan Orang Asli, melalui pembinaan dan baik pulih ameniti sosial, menambah cakupan telekomunikasi dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Digital dan membina rumah rakyat termiskin.

“Selain itu, KKDW juga memberi fokus memperkasa ekonomi luar bandar bagi menjana pendapatan penduduk luar bandar melalui pelancongan desa dan ‘mix farming’,” katanya.

Beliau turut menekankan soal kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0.

“KKDW mengambil pendekatan ‘smart partnership’ antara institusi TVET MARA dengan syarikat-syarikat swasta agar mempermudahkan penempatan pekerjaan bidang kemahiran.

“Kita juga merancang untuk melahirkan Tekno Huffaz iaitu graduan TVET yang memiliki diploma/ijazah tetapi juga sebagai huffaz. MIAT merupakan salah satu contoh institusi tersebut,” katanya.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan berkongsi pandangan pada sesi tersebut.

“Insya-Allah dengan pasukan yang saya ada ini, saya akan berusaha memastikan segala input dan cadangan ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan dijadikan input kepada Belanjawan 2024,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.