nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parlimen tidak boleh jadi platform bincang keputusan mahkamah

10 SEPT : Keputusan mahkamah berhubung tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dibahas pada sidang khas Dewan Rakyat esok.

Bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata, platform Parlimen tidak boleh ditukar peranan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan keputusan mahkamah.

Dalam hal ini jelasnya lagi, semua pihak diminta menunggu siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap representasi yang dikemukakan.

“Saya fikir Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara (Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh) sendiri sudah keluarkan kenyataan media kelmarin bagi beri maklum balas kepada Majlis Peguam dan beberapa permintaan.

“Penjelasan itu sangat ‘crystal clear’ dan saya fikir pencerahan itu sudah dilakukan sebaiknya. Ini bukan pertama kali melepas tanpa membebaskan (DNAA) diputuskan oleh mahkamah, malah sebelum ini juga pernah dibuat berdasarkan kepada representasi.

“Kita tunggulah apa keputusan yang akan dibuat AGC terhadap representasi yang menunggu siasatan teliti oleh AGC dan (agensi berkaitan seperti) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga tentang beberapa elemen di dalam representasi itu termasuk laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” katanya kepada selepas merasmikan Program Malaysia Next Reader di Bagan Datuk, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk mengemukakan usul tergempar bagi memanggil Peguam Negara menjelaskan mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, esok.

Kelmarin, Ahmad Terrirudin dipetik berkata, sebarang keputusan sama ada untuk mendakwa semula tertuduh, mendakwa pihak lain yang berkaitan atau sebaliknya akan dibuat oleh AGC setelah siasatan yang lebih terperinci selesai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memohon Pemuda PN yang akan mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada 16 September ini, mematuhi proses perundangan negara.

“Kalau mereka nak buat demonstrasi hari-hari pun mereka boleh buat, tetapi kesannya apa?

“Kita harus mematuhi proses perundangan bagaimana yang termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.