nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan ditolak, pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz kekal dipenjara

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan seorang pemuda berusia 22 tahun agar dibebaskan daripada pertuduhan membunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, enam tahun lalu.

Pemuda itu dijatuhkan hukuman kekal dipenjara selama diperkenan Yang-di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2020.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Abu Bakar Jais (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dan disertai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Datuk See Mee Chun.

Menurut Che Mohd Ruzima, tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati perayu bersalah atas semua pertuduhan itu.

“Dapatan itu adalah selamat dan harus dikekalkan, maka rayuan perayu ditolak. Hukuman yang dijatuhi juga dikekalkan,” katanya ketika membaca keputusan penghakiman.

Manakala seorang lagi remaja berumur 22 tahun atas pertuduhan sama kekal dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati tertuduh bersalah kerana membunuh dan diperintahkan dipenjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong.

Ketika kejadian, tertuduh berusia 16 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana adalah pesalah di bawah umur 18 tahun.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelaku berusia 16 tahun ketika kejadian bersama seorang lagi individu tidak dikenali didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, seramai 23 mangsa terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.