nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Subsidi bersasar beri impak kepada ekonomi, kawal ketirisan

12 SEPT: Subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan kerajaan dilihat mampu memberi impak yang sangat tinggi untuk ekonomi selain mengawal ketirisan subsidi.

Malah menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani subsidi bersasar ini juga dilihat mampu meningkatkan capaian manfaat kepada golongan sasar serta tidak sewenang-wenangnya dinikmati oleh pihak yang tidak layak.

“Tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM77.3 bilion untuk subsidi. Melibatkan subsidi petrol, diesel, minyak masak paket, elektrik dan ayam telur. Tahun ini pula, kerajaan mengunjurkan sebanyak RM66.4 bilion untuk subsidi tersebut.

“Walaupun subsidi ini membantu rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup namun subsidi juga turut memberi kesan negatif seperti mendedahkan kepada ketirisan dalam bentuk penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi oleh golongan yang tidak sepatutnya menerima subsidi ini.

“Saya beri contoh seperti pengumuman Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu bahawa kerajaan menangung kerugian sebanyak RM10 bilion daripada subsidi diesel disebabkan oleh penyelewengan dan penyeludupan.

“RM10 bilion  kerugian ini sepatutnya boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan tetapi tertiris dan diselewengkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Jika jumlah itu kita salurkan kepada pembangunan rumah mampu milik, kerajaan mampu membina 50,000 unit rumah setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Johari yang juga Pengerusi Backbenchers berkata, Kementerian Kewangan perlu memantau rapat syarikat yang culas membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya kutipan cukai boleh dipungut dengan lebih cekap dan boleh dipulangkan semula untuk manfaat rakyat.

Beliau turut mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang memperoleh projek dipantau dan turut dipastikan tidak terlepas daripada membayar cukai kepada LHDN.

“Langkah itu penting kerana dapat membantu meningkatkan kewangan negara sekali gus boleh digunakan untuk membantu rakyat.

“Kita juga kena pastikan mana-mana syarikat yang mendapat projek ini, segala rantaian syarikat-syarikat ini mestilah dipantau. Mereka ini perlulah membayar cukai kepada LHDN supaya LHDN boleh dapat pendapatan.

“Ia kemudiannya boleh disalurkan balik kepada kerajaan dan persekitaran ekonomi ini akan berpusing. Akhirnya, akan membawa balik negara kepada landasan yang betul,” katanya yang juga bekas Menteri Kewangan II. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.