nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Enakmen Syariah Terengganu ada DNAA : Peguam Amanah

14 SEPT : Amanah menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa tiada konsep dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) dalam peruntukan sistem kehakiman Islam.

Pengerusi Biro Undang-undang Amanah, Dr Zulqarnain Lukman mengingatkan Tan Sri Abdul Hadi Awang, DNAA itu disebut dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) yang digubal ketika Presiden PAS itu menjawat sebagai Menteri Besar Terengganu pada 2001.

“Jika kita rujuk kepada Seksyen 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 ada disebut peruntukan berkaitan DNAA ini.

“Seksyen ini hampir sama seperti Seksyen 254 Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pendakwa sivil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Terdahulu, ketika berucap di Parlimen, Abdul Hadi berkata rasuah perlu ditangani secara holistik dan adil serta saksama tanpa berlaku kezaliman ke atas yang dituduh kerana katanya Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep DNAA dalam sistem kehakiman Islam.

“Dalam Islam tak ada dilepaskan tanpa dibebaskan…mesti dikenakan hukuman,” katanya yang memetik kisah Sultan Muhammad al-Fatih yang dihukum bersalah oleh hakim kerana memotong tangan seorang arkitek berikutan menggunakan pelan masjid yang salah.

Kenyataan Ahli Parlimen Marang itu dipercayai merujuk kepada kes DNAA melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dibuat Mahkamah Tinggi, 4 September lalu.

Zulqarnain yang juga pengamal undang-undang berkongsi kandungan Seksyen 103 tersebut di mana ‘pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat’.

(1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu; dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.

Sehubungan itu katanya, “jika YB Marang berhujah mengatakan DNAA itu tidak wujud dalam Islam bahkan haram kerana bercanggah dengan Islam, ini bermakna Seksyen 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 ini juga haram dan bercanggah dengan Islam juga”.

Beliau mempersoalkan tindakan Abdul Hadi meluluskan Seksyen 103 itu di Terengganu pada tahun 2001.

“Sayugia juga disebutkan bahawa Enakmen ini digubal tahun 2001 semasa YB Marang menjadi Menteri Besar Terengganu. Bagaimanakah YB Marang boleh membenarkan satu peruntukan yang bercanggah dengan Islam digubal dan diluluskan di hadapan batang hidung beliau sendiri?

“Tidaklah YB Marang bersama dengan Adun-Adun lain juga berdosa melakukan perkara haram dalam DUN semasa meluluskan Seksyen 103 ini?,” soalnya.

Dalam pada itu, beliau berkata DNAA adalah berkaitan dengan prosedur yang kebanyakannya diasaskan oleh ijtihad semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.