nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gubal akta, beri orang awam akses maklumat

15 SEPT: Akta Kebebasan Maklumat akan digubal selepas dipersetujui secara berprinsip oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akta tersebut digubal bagi mewujudkan parameter serta garis panduan jelas untuk memberi akses kepada orang awam mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.

“Itu antara perkara penting yang diputuskan atau secara prinsip dipersetujui secara bersama di Parlimen yang sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR),” kata Anwar menerusi hantaran Facebooknya, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum tentang 18 resolusi hasil daripada dua sesi Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan 2023 yang mengemukakan syor-syor penambahbaikan daripada sudut perundangan dan dasar berkaitan tata kelola, integriti serta antirasuah.

“Ia antara lain membincangkan komitmen negara untuk terus memperkasa tata kelola dalam sistem pentadbiran kerajaan, nescaya tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kemampanan tata kelola khususnya melalui dua anjakan utama iaitu tata kelola rangka kerja institusi dan perundangan berkaitan rasuah,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan akan terus melaksanakan usaha-usaha pemerkasaan tata kelola baik bagi menyokong pembangunan negara selaras hasrat untuk membangunkan Malaysia Madani.

Sebelum ini, media melaporkan Akta Kebebasan Maklumat yang tertangguh sejak dicadangkan pada 2018 dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober depan.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dilapor memaklumkan, selaras persetujuan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) juga akan dipinda.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.