nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ini laporan awal nahas di Elmina

15 SEPT : Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina menolak faktor ketidakupayaan dan fisiologi juruterbang sebagai punca kemalangan pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Menurut laporan 26 muka surat itu, kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Laporan itu tidak memaparkan punca sebenar nahas tersebut namun kata Kementerian Pengangkutan ia hanya akan didedahkan dalam laporan akhir, Ogos tahun depan.

“Pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara yang sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

“PIC (person in command) telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada,” kata laporan itu merujuk kepada dua juruterbang  Shahrul Kamal Roslan, 41.

Heikal Aras Abdul Azim, 43 merupakan ‘second in command’ atau SIC.

“PIC (juruterbang utama) berjaya memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan terhad iaitu mesti menggunakan kanta pembetulan untuk memenuhi piawaian penglihatan pada semua jarak yang diperlukan pada 24 Mac 2023.

“Beliau memegang Sijil Perubatan CAAM secara serentak sah dari 6 Disember 2022 hingga 31 Disember 2023 dengan had VDL sah hanya dengan pembetulan untuk penglihatan jauh yang cacat.

“Semakan Sijil Perubatan dan sokongan dokumentasi menunjukkan bahawa PIC tidak melaporkan sebarang kebimbangan perubatan yang ketara dan menghadiri Pemeriksa Perubatan Ditetapkan (DME) mengenal pasti tiada syarat penting pada pemeriksaan fizikal,” kata laporan itu.

Dalam laporan itu juga menyebut, tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat.

Enjin kanan dan kiri pesawat berkenaan pecah menjadi tiga dan empat segmen yang berbeza iaitu kipas, pemasangan kes kipas, perantaraan bahagian pemampat tekanan (IP) dan bahagian pemampat tekanan tinggi/panas.

“Starter, Unit Hidromekanik (HMU) dan kotak gear semuanya terlepas dari enjin kanan dan kiri.

“Kedua-dua enjin juga tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin,” menurut laporan itu.

Laporan awal yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MoT) hari ini menyebut makmal di Amerika Syarikat (AS) berjaya memulihkan fail audio dan kotak perakam suara kokpit (CVR) pada 28 Ogos lalu di  Makmal L3Harris Technologies di St Petersburg, Florida, selepas ia gagal dipulihkan di makmal Singapura.

“Fail audio daripada pesawat berkenaan yang dimuat turun kemudian diberikan kepada tiga agensi.

“Tiga agensi berkenaan ialah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) AS untuk dianalisis,” kata laporan itu.

Laporan yang disiarkan di laman web Kementerian Pengangkutan itu hari ini bermula dengan pengenalan dan sinopsis, fakta mengenai pesawat dan tragedi menyayat hati itu, teknik penyiasat dan diakhiri dengan rumusan serta hasil siasatan.

Bulan lalu, negara digemparkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Pesawat ringan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor turut mengorbankan seorang anggota Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.