nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM jamin aduan rakyat pada Agong diteliti, diselesaikan

16 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala aduan yang disuarakan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.

Anwar berkata Khamis lalu beliau mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda masih sangat terkesan dengan pengalaman kembara 11 hari itu.

“Pada Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuching, malam ini.

Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan perjalanan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 September lepas sebelum mengakhiri penjelajahan di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 September.

“Seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (sepanjang kembara itu),” katanya.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah memaklumkan menerima banyak aduan dan surat permohonan dari rakyat Sabah dan Sarawak.

Baginda memberi jaminan semua aduan yang diterima daripada rakyat sepanjang kembara itu akan diberikan perhatian sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berwajib segera.

Titah baginda, aduan dan permohonan itu melibatkan mereka yang belum menikmati keperluan-keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya yang baik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.