nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOSTI sedia tangani isu sekuriti makanan

18 SEPT : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia menangani isu sekuriti makanan negara melalui teknologi atau perkhidmatan berkaitan.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata selaku peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI), inisiatif itu juga merupakan tanggungjawab di bawah kementeriannya.

“Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) melonjakkan hasil pengkomersialan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) tempatan daripada universiti, institusi serta agensi penyelidikan tempatan.

“Menerusi inisiatif itu, sebanyak 474 produk, teknologi atau perkhidmatan R&D tempatan dikenal pasti, dikomersial dan dipasarkan yang menjana hasil jualan bernilai RM540 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan teknologi seperti dron dan robotik digunakan syarikat tempatan untuk proses penyemburan baja dan pembenihan pokok bagi meningkatkan kecekapan, sekali gus mempercepatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata Projek Sistem Akuaponik Internet of NanoThings (IoNT) yang dijalankan Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) menggunakan automasi sistem fertigasi, pertanian menegak dan akuaponik.

Jelas beliau,sistem tersebut  mampu meningkatkan produktiviti kerana dipadankan dengan aplikasi sensor dan tenaga boleh diperbaharui walaupun berada  di tempat yang terpencil dan pedalaman.

“Sebanyak 30 tan sayur dan lima tan ikan dihasilkan setiap tahun menerusi keluasan tanah sehingga 0.61 hektar. Kini pihak swasta yang berkenaan sedang mengaplikasikan projek ini di lokasi baharu,” katanya.

Selain itu, katanya aplikasi teknologi nuklear menerusi teknik biak baka mutasi turut menghasilkan varieti baka baharu dengan sebahagiannya sudah dikomersialkan, selain ada yang pada peringkat pensijilan dan pra-pengkomersilan.

“Pembangunan teknik pensterilan serangga bagi mengawal serangga perosak ke atas tanaman pertanian dan teknik fitosanitari diaplikasikan di Loji SINAGAMA Nuklear Malaysia.

“Teknik itu digunakan bagi membantu perindustrian mikro kecil dan sederhana (PMKS) tempatan menembusi pasaran antarabangsa dengan memenuhi piawaian keselamatan import makanan ditetapkan pihak berkuasa di setiap negara,” katanya.

Pada masa sama, Lih Kang berkata MOSTI sedang dalam usaha menghasilkan produk makanan daging alternatif berasaskan cendawan tiram kelabu yang  bertujuan menambah nilai kepada industri pengkomersialan cendawan tiram kelabu yang ditanam secara meluas di negara ini.

Katanya, burger cendawan itu dihasilkan sebagai alternatif bagi burger daging yang sedang di peringkat ‘Proof of Concept’ untuk dikomersialkan di pasaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.