nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM ketuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB

19 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar akan membuat penampilan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York dengan menyampaikan kenyataan negara, Jumaat ini.

Beliau akan mengetuai delegasi Malaysia bermula hari ini hingga 26 September.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Anwar akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030 dalam perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu.

“Ramai pemimpin negara lain yang ditemui sebelum ini menyatakan mereka menanti-nantikan ucapan perdana menteri pada sidang kali ini atas pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki.

“Perdana menteri akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan mengambil tindakan ke arah mencapai Agenda 2030 serta memberi pandangan mengenai pelbagai isu global dan peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat antarabangsa dalam mengatasi pelbagai cabaran bersama.” katanya kepada wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar juga dijadualkan bertemu pemimpin dan kapten industri sekurang-kurangnya dari lima negara dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia selain menarik pelaburan ke negara ini.

Zambry berkata, Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin dari Turkiye, Iran, Sri Lanka, Thailand dan Iraq selain bertemu bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark, yang kini merupakan Pengerusi Lembaga Inisiatif Ketelusan Industri Ekstraktif (Chair of the Extractive Industries Transparency Initiative Board), piawaian global bagi tadbir urus baik dalam industri minyak, gas dan mineral.

“Jadual Perdana Menteri amat padat sejurus tiba di sini pada Rabu bermula dengan mesyuarat dua hala bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. Malah kita terus mendapat permintaan daripada negara lain untuk bertemu beliau,” katanya.

Kata Zambry, mesyuarat dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu.

“Iraq ingin belajar daripada kita dalam usaha mereka meneruskan usaha membina semula negara pascaperang. Ini merupakan peluang luas buat kita dalam bidang seperti petroleum dan gas,” kata Zambry yang berkunjung ke negara itu bulan lepas.

Iraq merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar dalam kalangan negara Timur Tengah dengan nilai dagangan tahun lepas sebanyak RM4.68 bilion (AS$1.07 bilion), meningkat 24.3 peratus berbanding RM3.76 bilion (AS$0.91 bilion) pada 2021.

Pada Khamis, Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York, kata Zambry.

Anwar diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengk Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; speaker Dewan Undangan Negeri, timbalan ketua menteri dan ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan dari kementerian yang berkaitan.

Perhimpunan Agung PBB atau United Nations General Assembly (UNGA) adalah mesyuarat tahunan PBB yang dianggotai 193 negara dan dua negara pemerhati.

Malaysia menjadi negara ke-82 menyertainya pada 17 September 1957, tidak lama selepas kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.

Antara pemimpin lain dijadual hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang turut dijadual mengadakan pertemuan, antara lain membincangkan isu pencerobohan Russia.

Sementara itu, Dr Zambry turut memaklumkan Anwar bakal menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

“Jemputan menyampaikan khutbah itu bakal mencatatkan rekod sebagai pemimpin negara luar pertama yang diberi penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCN,” katanya.

Pusat ibadat bersejarah itu juga merupakan masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat PBB.

ICCNY adalah sebuah organisasi agama dan budaya Islam yang ditubuhkan pada awal tahun 1960-an, antara tujuan penubuhannya termasuk  melayani komuniti Muslim di Manhattan khususnya dan keseluruhan komuniti Muslim Amerika secara umum.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.