nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar islamkan saudara baharu di New York lepas khutbah Jumaat

23 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin seorang lelaki mengucap khalimah syahadah selepas menyampaikan Khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

Menurut pegawai media daripada Pejabat Perdana Menteri, acara itu berlaku secara kebetulan yang tiada dalam atur cara rasmi.

Anwar yang sedang bersalaman dengan jemaah selepas menyampaikan sumbangan al-Quran dipanggil oleh pengacara majlis untuk mengislamkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew Vinals.

“Diberi penghormatan oleh komuniti Islam di New York untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY).

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz shahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam serta menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada pihak ICCNY untuk kegunaan komuniti Islam di sini,” kongsi beliau di hantaran Facebooknya, hari ini.

Anwar ketika mengislamkan seorang saudara baharu Foto : AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri di Masjid ICCNY, New York.

Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Perdana Menteri Malaysia itu adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah iaitu masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu dalam khutbahnya, Anwar menyarankan umat Islam terus bersatu padu bagi menghadapi cabaran termasuk ancaman terhadap agama oleh golongan Islamofobia.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjelaskan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan di Malaysia serta menyentuh ancaman Islamofobia di seluruh dunia yang memerlukan kesepakatan umat untuk menoktahkannya.

“Saya dapat berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama sekali gus dapat hidup rukun damai dan harmoni,” kata Anwar.

Selain itu, beliau meminta umat Islam bukan sahaja mendalami ilmu agama sebaliknya menimba sebanyak ilmu dan kemahiran bidang teknologi.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang disertai kira-kira 1,000 orang itu.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Nazri Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Datuk Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.

*AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.