nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anis Rizana Ketua Pengarah Kastam wanita pertama

25 SEPT : Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang  baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Zazuli Johan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Anis Rizana, 54 memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun.

“Pelantikan ini adalah kali pertama bagi seorang penjawat awam wanita menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah JKDM.

“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Zuki berkata beliau percaya dengan pengalaman dan kredibiliti dimiliki Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan.

Anis Rizana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Jawatan pertama disandang Anis Rizana sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada 1994.

*Foto : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.