nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti CSR di Pelangai tidak berkait dengan PRK

29 SEPT : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN)  Pelangai ketika ini tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil( PRK) di kawasan itu.

Beliau berkata kehadiran beliau di di SMK Seri Pelangai di Bentong hari ini bagi menghadiri  majlis penyerahan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat hanya memenuhi jemputan untuk turut serta dalam program tersebut.

“Apa yang tidak boleh kita pakai baju parti, kita beri duit kepada mereka yang datang. Bukan semuanya pengundi.

“Saya hanya menerima jemputan, saya banyak berada di Bentong dan Pelangai dalam masa terdekat. Jadi, mereka pilih di sini, kalau tidak saya tidak dapat hadir,” katanya kepada media.

Turut hadir di majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Nurul Akmal Mohd Fauzi dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman.

Dalam pada itu, beliau berkata  Kerajaan Negeri Pahang  komited menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa menunggu waktu tertentu.

Tegas Wan Rosdy, sebarang bantuan akan tetap disampaikan kepada rakyat tanpa mengira waktu pilihan raya atau hari biasa.

“Tak boleh bagi bantuan semasa kerajaan sementara (ketika pilihan raya) sahaja, tapi hari ini kerajaan sudah ada.

“Ada atau tiada PRK, program berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy turut menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Bank Rakyat atas tanggungjawab sosial yang dilaksanakan mereka.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada anak yang belajar di sini, dalam usaha ini kita berterusan seperti mana kerajaan negeri daripada dulu sehingga sekarang kita memberikan Bantuan Prihatin Pahang,” katanya.

PRK Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, bulan lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.