nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua urusan dalam aplikasi JPJ bermula 2025

1 OKT : Semua urusan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ, dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2025.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata, ia selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut.

Bagaiamanpun, katanya lagi ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ.

“Sekarang ini kita masih dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu.

“Kita tidak mahu nanti bila kita lancarkan atau buka urusan berkenaan dalam aplikasi tersebut kepada orang awam, sistem berkenaan akan bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di Melaka, semalam.

Setakat ini, jelasnya lagi hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit.

Dalam perkembangan lain, katanya semua anggota JPJ sentiasa didedahkan pelbagai latihan dan kemahiran tempur serta persenjataan dari semasa ke semasa, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi mereka ketika menjalankan tugas khususnya operasi penguatkuasaan.

Rospiagos berkata kesiapsiagaan berkenaan juga penting, bagi memastikan anggota dan pegawai terlibat dalam sebarang operasi penguatkuasaan sentiasa selamat dan terhindar daripada sebarang kemalangan atau kekerasan melibatkan orang awam.

“Kita juga bukan sewenang-wenangnya hendak menggunakan kekerasan ketika menjalankan operasi, namun kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah JPJ, bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, beliau berkata sebanyak 128 pelatih terdiri daripada 11 Pegawai Penguatkuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (31 orang), Penolong Jurutera JA29 (seorang), Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (81 orang) dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (empat orang), berjaya menamatkan latihan kursus asas selama tiga bulan bermula 3 Julai lepas sebelum ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara.

Rospiagos berkata kursus berkenaan, bertujuan meningkatkan tahap kompetensi pegawai penguatkuasa meliputi lima elemen utama yang dikenali sebagai ASKAR iaitu sikap (Attitude), kemahiran (Skill), pengetahuan (Knowledge), ketangkasan (Agile) dan ketahanan (Resilient), dalam melaksanakan tugasan dengan berkualiti dan profesional sepanjang perkhidmatan.

“Mereka juga didedahkan dengan pelbagai modul latihan termasuk modul perkhidmatan teras jabatan iaitu pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, penguatkuasaan dan undang-undang dan kejuruteraan automotif,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.