nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasar Payang beroperasi November ini

1 OKT : Pasar Payang akan beroperasi sepenuhnya pada November ini dimana jumlah untuk membangunkannya semula memakan kos sebanyak RM69.3 juta.

Menjelaskan perkara itu,  Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, buat masa ini kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum kompleks tersebut diserahkan pemaju kepada kerajaan negeri.

Katanya lagi, beliau berharap dengan pembinaan yang ditanggung dana Persekutuan sebenarnya dapat memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, seterusnya merancakkan lagi sektor pelancongan Terengganu.

“Saya dah tinjau kerja-kerja di sini (Pasar Payang) dan hanya ada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti soal kecacatan sebelum diserahkan kepada kepada kerajaan negeri.

“Setelah kerajaan menyalurkan dana yang banyak untuk projek ini, kita harap kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan terus menjadi ikon pelancongan negeri,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pasar Payang semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT Datuk Saidatu Akhma Hassan dan Datuk Bandar Kuala Terengganu Rosli Latif.

Beliau berkata kompleks Pasar Payang itu akan menempatkan 414 peniaga yang terlibat dalam proses pemindahan sebelum ini manakala bangunan Pasar Payang 2 yang sedang beroperasi pada masa ini akan diteruskan dengan fungsi berbeza.

Terdahulu Akmal Nasrullah turut melawat beberapa projek kerajaan Persekutuan termasuk Bengkel Pembuatan MyKiosk di Kampung Padang Paloh di sini dan meninjau tahap kemajuan sistem perparitan berhampiran kawasan Perumahan Kastam ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Beliau berkata berdasarkan lawatan, projek MyKiosk yang dilengkapi dengan sistem solar itu akan siap dan dapat diagihkan kepada peniaga pada tahun ini.

Pada lawatan itu beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan 10 projek menaik taraf dan penyelenggaraan jalan raya di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Menurut beliau sehingga hari ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM28.2 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Terengganu untuk kerja-kerja baik pulih infrastruktur awam, perparitan, kolam takungan, MyKiosk dan cerun.

“Kerajaan tidak pernah membezakan mana-mana negeri dalam soal peruntukan, malah kalau dari segi keperluan seperti soal perparitan hasil lawatan tadi, walaupun sebenarnya tidak ada perancangan… KPKT dah tambah sebanyak RM680,000 peruntukan untuk tahun ini,” katanya.

Selain itu Akmal Nasrullah berkata kerajaan sentiasa bersedia menyalurkan bantuan bersesuaian dari masa ke masa sekiranya projek yang dianugerahkan dilaksanakan dengan baik dan menepati perancangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.