nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kestabilan politik penting untuk pulihkan ekonomi

3 OKT : Semua pihak diseru agar menjaga kestabilan politik di negara ini kerana ia memberi kesan besar dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua pihak perlu sama-sama berusaha memastikan kestabilan politk negara dengan memberikan pandangan konstruktif bagaimana untuk meningkatkan ekonomi termasuk menarik pelabur luar ke negara ini.

“Saranan dan harapan saya kepada semua tidak kira siapa pun dalam politik ini…apabila hendak berbahas dan berpolitik pastikan berasaskan kepada pembangunan.

“Kalau asyik bertukar kerajaan sudah pasti pelabur tidak akan datang,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim semalam yang menyebut ada pihak tidak senang hati dan mahu memecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Biodiesel Kelapa Sawit keempat di Putrajaya, hari ini.

Tegas Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, pelabur hanya akan datang jika negara mempunyai dasar dan strategi negara yang jelas selain mempunyai kestabilan politik.

Anwar berkata, kestabilan kerajaan akan membawa kepada kestabilan ekonomi yang akan menarik pelabur luar seterusnya keuntungan tersebut akan kembali kepada rakyat.

“Pelabur dah mula yakin dengan kita jadi jangalah kacau dan rosakkan. Kalau hendak lawan tunggulah empat tahun lagi.

“Kamu bising macam mana pun insya-Allah Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga pilihan raya akan datang,” kata Anwar ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai, malam tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.