nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tembakan di Bangkok: TMJ buat perisai manusia lindungi anak, isteri

4 OKT : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdepan detik cemas ketika berada di lobi hotel dekat pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand di mana berlakunya insiden tembakan yang meragut dua nyawa, petang semalam.

Melalui perkongsian lewat malam tadi, Tunku Ismail berkata keadaan kelam kabut sebaik tembakan dilepaskan dengan jeritan di mana-mana dan orang ramai berlari masuk ke hotel dari pusat beli-belah itu.

“Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu. Kami membawa kanak-kanak,keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya?

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.

“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu.

“Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis,” kongsinya melalui hantaran di Facebook, tengah malam tadi.

Dalam insiden itu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas melepaskan tembakan rambang yang merabut dua nyawa dan mencederakan lima lagi.

Menurut laporan media, remaja itu merupakan pelajar sekolah swasta berhampiran yang mempunyai masalah mental dan tidak mengambil ubatnya.

Sementara itu dalam hantaran sama, Tunku Ismail berkata pasukan keselamatannya membawa beliau sekeluarga ke Kedutaan Singapura yang terletak berhampiran dengan lokasi tersebut.

Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, ‘semuanya akan kembali ok. Babah dan Mama ada di sini’ dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor,” katanya yang kini selamat berada di kedutaan tersebut.

Kata Tunku Ismail, beliau menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan  bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.