nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM, Erdogan bincang isu perang Palestin-Israel, 687 maut setakat ini

10 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel yang meragut ratusan nyawa setakat ini.

Anwar memaklumkan perkara itu melalui ciapan aplikasi X, lewat malam tadi.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya dalam satu hantaran ringkas.

Semalam, Anwar menegaskan,Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Sementara itu memetik laporan terkini AFP,  angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 687 orang semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin angka itu terus meningkat Israel menyerang untuk hari ketiga berturut-turut.

Menurut kementerian itu, hospital di Gaza menerima 687 syahid dan 3,727 lagi cedera sejak Israel melancarkan gelombang serangan udara selepas serangan mengejut ke atas Israel yang dilancarkan oleh pejuang Hamas pada pagi Sabtu lalu.

Susulan serangan itu, Israel turut mengenakan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza semalam termasuk memutuskan bekalan air selain terus mengebom sasaran di kawasan Palestin yang sesak.

Sementara Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata sangat tertekan dengan pengumuman Israel itu.

“Saya amat tertekan dengan pengumuman hari ini bahawa Israel akan memulakan pengepungan sepenuhnya di Semenanjung Gaza, tiada apa yang dibenarkan masuk – tiada elektrik, makanan atau bahan api,” kata Guterres.

Tentera Israel berkata sudah mengerah 300,000 anggota pasukan simpanan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan Hamas.

Guterres berkata keadaan di Gaza sebelum serangan mengejut Hamas sudah amat teruk dan tindak balas Israel itu menyebabkan keadaan lebih buruk.

*Foto : Kedutaan Palestin di Kaherah

Get real time updates directly on you device, subscribe now.