nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syarikat untung beratus juta, upah tak meningkat

16 OKT : Kerajaan menegur syarikat-syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar namun tidak mengiktiraf pekerja mereka melalui kenaikan gaji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mendapat aduan ada syarikat yang untung sehingga RM400 juta namun tidak menaikkan gaji pekerjanya.

Malah katanya kajian Jabatan Statistik Negara (DOSM) juga menunjukkan peningkatan produktiviti dalam sektor itu namun kadar upah masih sangat sederhana.

“Jadi ia seolah-olah tidak memberi satu galakan kepada golongan pekerja. Sebab itu, sementara saya beri RM2,000 kepada penjawat awam, RM1,000 kepada pesara sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan mereka

“Tetapi saya minta kepada sektor swasta(kaji gaji) kerana ada pekerja yang mengadu, syarikat untung sehingga RM400 juta setahun, tapi upah pekerja tak meningkat langsung.

“Jadi saya harap ‘signal’ yang diberi kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam juga disambut oleh sektor swasta, terutamanya yang mencatatkan keuntungan yang baik.

“Bagilah sedikit tambahan (gaji) yang munasabah dalam keadaan yang ada sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Beliau merujuk langkah kerajaan mengkaji Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan pemberian insentif awal RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah menerusi Belanjawan 2024 yang diumumkan Jumaat lalu.

Katanya, meskipun negara sedang menghadapi kekangan kewangan, kerajaan masih mampu menyediakan Bayaran Insentif Awal itu.

Dalam pada itu beliau turut menyeru penjawat awam termasuk pengurusan tertinggi jabatan dan kementerian untuk membudayakan penjimatan ketika bekerja. 

Tegas beliau, perbelanjaan yang digunakan merupakan dana awam dan sekiranya semua pihak menyahut saranan ini, lebih banyak perbelanjaan kerajaan boleh diarahkan kepada pembangunan negara dan masyarakat.

“Bazir-membazir ini kita selalu lihat yang besar tetapi lupa cara kita guna elektrik di pejabat, macam ayah kita yang bayar.

“(Contohnya) Cara guna pen. Pen ketua jabatan ada lima, Ketua Setiausaha Kementerian ada 10 (pen), KSN 12, Menteri 15, Perdana Menteri 20 atau tak sampai, saya ingat 18.

“Maknanya, kita kena ingat, ini merupakan dana awam. Kalau boleh ini perlu dinilai semula, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kena bantu, berikan peringatan ini, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.