nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kembalikan GST, boleh tukar nama kalau tak suka

17 OKT : Kerajaan dicadang mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengelakkan syarikat-syarikat korporat ‘lari’ ke negara jiran.

Ia susulan ketiadaan GST menyebabkan kadar cukai korporat di negara ini lebih tinggi berbanding Singapura yang hanya mengenakan 17 peratus sementara Malaysia berada pada kadar 24 peratus.

Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang mencadangkan perkara itu ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan boleh menukar nama jika tidak mahu menggunakan nama tersebut.

“Kalau tak suka nama, tukarlah nama…pakailah apa nama (lain) dan lupakan kisah lama.

“Lima perkara yang saya cakap dulu…kita masih boleh bagi pemberian tunai, ‘zero rated’, kita boleh bagi pengecualian, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus, serta memperbaiki mekanisme untuk pulangan cukai.

“Saya rasa kita boleh buat…dan demi kepentingan negara, ‘move on’, bawa balik GST,” katanya.

GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menyentuh soal cukai korporat beliau memaklumkan Singapura hanya merekodkan 17 peratus cukai korporat, Brunei (18.5 peratus), Kemboja (20 peratus) Vietnam (20 peratus), Thailand (20 peratus), manakala Indonesia (21 peratus).

Katanya kadar cukai korporat yang tinggi di negara ini menyebabkan syarikat-syarikat asing enggan membuka perniagaan di Malaysia, sebaliknya ‘lari’ ke negara lain.

“Malaysia akan menjadi negara yang kurang daya tarikan untuk syarikat gergasi antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau di sini.

“Saya bagi contoh pada tahun 2016, Amerika Syarikat (AS) mempunyai cukai korporat sebanyak 25 peratus. Kini, cukai korporat AS pun hanya 21 peratus lebih rendah dari Malaysia.

“Dulu kita laksanakan GST supaya kita dapat turunkan lagi cukai korporat untuk menghampiri Singapura dan mampu bersaing dengan negara jiran untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing,” katanya.

Dalam masa yang sama, bekas Menteri Pengangkutan itu berkata keputusan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan daripada 6 kepada 8 peratus dalam Belanjawan 2024 dijangka memberi kesan kepada peningkatan harga barangan.

“Saya menegaskan impak serta merta ke atas perniagaan pastinya peningkatan kos menjalankan perniagaan kerana kenaikan SST ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya nanti.

“Misalnya, syarikat logistik akan dikenakan 8 peratus SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Sebelum ini, tidak ada, barangan yang dibawa sampai ke kedai…dan peningkatan kos akibat SST ini, siapa yang akan tanggung?

“Walaupun kerajaan umum syarikat logistik layak mendapat diesel subsidi tetapi SST 8 peratus tetap kena ditanggung oleh satu pihak yang tidak lain tidak bukan adalah pengguna,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.