nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan pertimbangan cadangan beri subsidi secara tunai 

17 OKT : Kerajaan sedang dalam pertimbangan memberi subsidi bersasar kepada rakyat melalui pemindahan tunai secara bulanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu dilihat sebagai mekanisme terbaik bagi mengelakkan ketrisan namun ia tidak boleh digunakan untuk semua jenis subsidi.

“Cadangan pemberian tunai itu sedang dipertimbangkan untuk beberapa urusan lain dan akan diumumkan kelak. Ia memang difikirkan dalam beberapa isu lain yang lebih besar untuk mengelak ketirisan dan manfaat kepada warga asing

“Dalam kes ayam dan telur tidak perlu begitu kerana harganya sudah turun,” katanya

Belia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung cadangan supaya subsidi diberikan terus kepada rakyat secara pemberian tunai bagi mengelak ketirisan di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Semalam ketika membahaskan Rang Undang- Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) mencadangkan pemberian subsidi secara pemindahan tunai setiap bulan bagi membolehkan golongan sasar menggunakan wang subsidi yang diberikan terus untuk membeli barang keperluan pada harga pasaran berbanding subsidi pukal yang bersifat regresif.

Kata Pengerusi Backbenchers itu, subsidi pukal hanya memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi dan terdedah kepada ketirisan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pengapungan harga telur dan ayam yang diumum ketika pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini merupakan keputusan muktamad.

Menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkenaan potensi berlakunya flipflop dengan keputusan kerajaan yang baru-baru ini mengapungkan harga telur dan ayam, Anwar berkata perubahan keputusan terhadap pemberian subsidi yang dibuat sebelum ini adalah berdasarkan keperluan semasa dan rayuan yang dikemukakan kepadanya selepas peningkatan harga mendadak.

“Soal keputusan ini saya umum masa Belanjawan ia berkenaan keputusan dasar. Perubahan lalu kerana keputusan awal menghentikan subsidi, jadi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan. Bila rayuan sampai kepada saya saya lanjutkan subsidi.

“Dalam kes sekarang, perkara ini sudah dibincangkan berkaitan berapa subsidi bantuan Rahmah boleh ditambah, apa kesan tindakan ini dan beberapa perbincangan, maka setelah difikir  kita umumkan dasar ini. Jadi, saya tidak fikir isu flip-flop berbangkit,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata subsidi telur dan ayam tidak sepatutnya dirasai oleh 3.5 juta warga asing dan golongan kaya kerana ia merupakan dasar demi membantu rakyat yang layak menerimanya. 

“Subsidi kepada dua ini sebelum ini patut dimanfaat kepada rakyat yamg berhak menolak orang yang kaya dan 3.5 juta orang asing.

“Melihat harga pasaran sekarang, harga kurang harga siling macam sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah di Malaysia maka ini masanya untuk kita apungkan” katanya.

Anwar berkata KPKM akan mengeluarkan stok bekalan telur dan ayam sebanyak 30 peratus sekiranya diperlukan kelak. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.