nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan gelar individu lain kafir, zionis, yahudi di Parlimen

23 OKT: Wakil rakyat diingatkan supaya tidak  lagi menggunakan perkataan ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ bagi merujuk mana-mana Ahli Parlimen sepanjang perbahasan di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata tindakan akan diambil sekiranya gelaran tersebut masih dibangkitkan serta beliau tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu bermula hari ini.

“Kita telah mengharungi empat hari perbahasan Belanjawan 2024 sepanjang minggu lalu. Dalam perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai hujah dan pendirian telah diutarakan yang mendorong ke arah perkara-perkara sensitif yang mengguris hati.

“Kenyataan-kenyataan  mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian serta bersifat label-melabel antara kita. Ini termasuk kenyataan kafir, zionis dan yahudi antara ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada permulaan sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan perbuatan label-melabel itu menyalahi Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana menggunakan perkataan-perkataan yang menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuh-musuhan antara satu kaum dengan kaum yang lain di Malaysia.

“Oleh itu saya menyeru semua ahli-ahli Yang Berhormat menghentikan isu dan penyataan kafir, zionis dan yahudi apatah sekarang ini dalam suasana yang tidak kondusif langsung dan lain-lain perkataan yang sama maksudnya antara ahli-ahli Yang Berhormat yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian.

“Yang Berhormat hendaklah menunjukkan tingkah laku yang terpuji semasa mengetengahkan isu-isu rakyat dan negara. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu,” katanya.

Pada masa sama, Johari meminta semua ahli Parlimen membuka lembaran baharu dan melupakan isu panas yang berlaku pada minggu lalu.

Beliau turut mengingatkan ahli Parlimen untuk  tidak  lagi membangkitkan isu peribadi yang dibangkitkan atau dilaporkan di luar Dewan Rakyat.

“Saya memberi peringatan kepada ahli Yang Berhormat bahawa isu peribadi yang dibangkitkan dan dilaporkan di luar dewan, hendaklah jangan dibawa dan diungkit di dalam dewan.

“Isu peribadi yang dibangkitkan atau dilaporkan di luar Dewan Rakyat, hendaklah diselesaikan di luar dewan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.