nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negara ‘kawan’ gesa Israel patuhi undang-undang kemanusiaan

23 OKT : Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam susulan serangan tanpa henti rejim itu ke atas Palestin.

Masih menyokong Israel, pemimpin-pemimpin negara tersebut yang mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat penyelesaian politik dan keamanan yang bertahan lama di Asia Barat.

Kesemua pemimpin terbabit juga memberi jaminan akan menggunakan usaha diplomatik termasuk dengan rakan kongsi utama di rantau itu untuk menghalang konflik tersebut daripada merebak.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas panggilan telefon yang dibuat Presiden AS, Joe Biden pada malam Ahad melibatkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak.

Di serata dunia, baik kawan mahupun lawan Israel menasihati regim Tel Aviv itu supaya tidak membiarkan perang di Gaza merebak menjadi isu serantau di Asia Barat.

Beberapa jam selepas 20 trak bantuan kecemasan memasuki Gaza dari Mesir, tentera Israel dilaporkan mengumumkan bakal meningkatkan serangan ke atas Gaza.

Semalam, kerajaan Hamas mengesahkan sekurang-kurangnya 55 orang penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang turut memusnahkan 30 rumah.

Alasan Israel mengebom Gaza itu bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi tenteranya apabila memasuki wilayah tersebut pada fasa serangan seterusnya.

Sementaraitu, di Baitulmaqdis, tentera Israel mengarahkan 14 lagi kumpulan masyarakat setempat di lokasi berdekatan Lubnan dan Syria berpindah.

Setakat ini lebih 4,300 rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman tanpa henti rejim sejak 7 Oktober lalu.

Israel turut memotong bekalan makanan, air, elektrik dan bahan api ke wilayah berpenduduk padat dengan 2.4 juta orang, sekali gus mencetuskan kemungkinan berlaku malapetaka kemanusiaan berskala besar.

Puluhan ribu tentera Israel dikerahkan ke sempadan Gaza menjelang serangan darat yang dijangkakan bermula ‘tidak lama lagi’.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan menghantar lebih banyak aset pertahanan udara, termasuk Pertahanan Terminal Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) dan batalion peluru berpandu pertahanan udara Patriot ke Asia Barat.

Sebelum ini, Washington sudah pun menghantar sejumlah besar bantuan ketenteraan termasuk dua kapal pengangkut pesawat dan kapal sokongan serta kira-kira 2,000 tentera.

Di Kaherah, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menjadi tuan rumah sidang kemuncak keamanan yang dihadiri pemimpin serantau dan beberapa pemimpin Barat.

“Sudah tiba masanya untuk menamatkan mimpi ngeri ini, ‘gencatan senjata kemanusiaan’ harus dilaksanakan segera bagi menamatkan keganasan.

“Penderitaan rakyat Palestin adalah sah dan sudah lama, dengan 56 tahun pendudukan haram tanpa penyelesaian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.