nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR tidak benar warga asing jadi saksi undi pos

24 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mana-mana individu bukan warganegara menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata Borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) merupakan dokumen perundangan di bawah peraturan berkaitan pengundian pos yang hanya layak diisi oleh warganegara Malaysia.

“Selain itu, SPR juga tidak bercadang untuk membenarkan pengundi untuk memuat turut dan mencetak dokumen pengundian pos seperti Borang 2 dan kertas undi bagi sesuatu pilihan raya.

“Ia memandangkan proses pengeluaran dokumen berkaitan undi pos ini juga melibatkan proses pentadbiran, bagi maksud pengiraan dan penjumlahan kertas undi pos oleh petugas pilihan raya kelak,” katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang membangkitkan isu jumlah pengundi pos luar negara termasuk berkait cadangan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran untuk kedutaan di luar negara mengendalikan proses pengundian pos.

Menurut maklumat di laman sesawang SPR, syarat saksi bagi proses pengundian pos ketika ini mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

Sementara itu, Ramkarpal berkata beliau akan meneliti mengenai aduan berkaitan tempoh permohonan undi pos yang singkat bagi sesuatu pilihan raya sehingga menyebabkan kesesakan aliran trafik pada laman sesawang SPR.

“Saya faham aliran trafik itu merupakan satu perkara yang perlu dilihat dengan lebih mendalam…ini akan diteliti lebih lanjut berkenaan dengan langkah dan bagaimana perkhidmatan pembekal perkhidmatan itu ditambah baik bagi tujuan pilihan raya akan datang,” katanya.

Ramkarpal berkata sebarang hebahan berhubung maklumat terkini berkaitan pengundian secara pos bagi sesuatu pilihan raya turut dibuat melalui media massa, cetak dan elektronik, selain platform media sosial rasmi SPR bagi memastikan penyebaran maklumat yang menyeluruh.

“SPR juga bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menyebarkan maklumat terkini sesuatu pilihan raya terutamanya mengenai tarikh hari mengundi serta tarikh buka dan tutup permohonan mengundi pos kategori 1B (pengundi pos luar negara),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.