nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lafaz ikrar perkahwinan sivil oleh Saifuddin bukan ritual agama: JPN

25 OKT : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjawab mengenai video tular yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution sedang melakukan proses pendaftaran Perkahwinan Sivil pada Majlis Sambutan Jubli Intan JPN.

JPN dalam satu kenyataan pada Rabu menegaskan upacara itu tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan serta tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Malah, JPN berkata sesi pendaftaran perkahwinan yang dijalankan di JPN Putrajaya itu adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

“Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan menteri ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPN memaklumkan agensinya bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

“Berdasarkan akta ini, Menteri Dalam Negeri merupakan menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

“Selain Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa tersebut,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima terlebih dahulu.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan Saifuddin membaca lafaz ikrar perkahwinan bagi pasangan bukan Islam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.