nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjuangkan Palestin, MP Eropah ugut sekat Malaysia

25 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan seorang ahli Parlimen dari Eropah mengusulkan sekatan terhadap Malaysia susulan kelantangan beliau dan rakyat negara ini memperjuangkan kebebasan Palestin.

Namun Anwar bertegas, beliau tidak akan mengendahkan perkara itu.

“Ada ahli Parlimen Eropah yang bangkitkan. Ada yang usul langsung (sekatan terhadap Malaysia) daripada salah seorang ahli Parlimen Eropah.

“Ia tak jadi masalah. Kita jangan hiraukan soal itu (usul sekatan), kita ada urusan kerja dan kita teruskan.

“Kita terpaksa menyuarakan pandangan (kezaliman Israel terhadap Palestin) daripada Malaysia,” katanya selepas melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU) di Kuala Lumpur, hari ini.

Malam tadi, Anwar mendedahkan beliau dikritik dan diserang oleh Eropah, Amerika Syarikat dan Israel kerana kelantangannya mempertahankan Palestin.

Sehubungan itu beliau berkata kita semua harus berwaspada namun beliau menegaskan selagi diberi mandat oleh rakyat, beliau tetap akan melawan.

Dalam pada itu kata Anwar, beliau tiada pilihan berhubung perkara itu kerana isu Palestin membabitkan soal kemanusiaan di mana penduduknya terus sengsara akibat penindasan dan kezaliman rejim zionis Israel.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan bertegas beliau tidak takut dengan ugutan diterima kerana yakin dengan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menguruskan hal itu.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ada, mereka akan uruskan. Kita tak akan bimbang, akan teruskan kerja kita,” katanya.

Terdahulu, Razarudin memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap Anwar susulan pendedahan beliau ketika Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Razarudin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap perdana menteri menjadi keutamaan kita,” katanya yang dipetik Bernama.

Beliau bagaimanapun berkata ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Sementara itu, ketika merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan itu, Anwar mengarahkan semua urusan surat menyurat di sektor kerajaan mahupun swasta mesti dibuat dalam bahasa Melayu dan mana-mana surat yang menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan perlu dipulangkan semula.

“Kadangkala terdapat kekeliruan dalam kalangan jabatan kerajaan, universiti dan sektor swasta. Memang benar, untuk perdagangan antarabangsa kita menggunakan Bahasa Inggeris. Namun jangan cuba tinggalkan asas Perlembagaan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan. Begitu juga dalam kalangan syarikat tempatan.

“Maka, arahannya sesiapa sahaha yang menulis surat dalam bahasa selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan. Dalam kita menggapai langit dan menerokai alam pemikiran baharu, tetapi kita harus mengakar ke bumi. Pemerkasaan budaya sastera sesuatu yang intergral dalam pembinaan bangsa.

“Jangan cuba diremehkan. Saya harap arahan ini diambil kira. Saya tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan rakyat atau syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” katanya.

*Foto: SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.