nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia pertimbang hantar tentera ke Palestin lepas PBB putuskan

26 OKT : Malaysia tidak akan tergesa-gesa menghantar pasukan tentera ke Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia tidak mengambil tindakan secara bersendirian.

Jelasnya, Malaysia akan menilai keperluan menghantar tentera ke Palestin selepas mempertimbangkan keputusan PBB berhubung isu tersebut.

“Kita akan mempertimbangkan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh PBB dan akan menilai sejauh mana komitmen yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia terutamanya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita dah ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika.

“Jadi sebagai negara yang menyertai misi pengaman PBB, kita akan tunggu dan kita akan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu atau tidak Malaysia menyertai tentera pengaman itu,” katanya ketika ditanya soal bantuan ketenteraan ke Palestin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Port Dickson, hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohamad berkata akan berlaku pertukaran pasukan Malaysia Batalion 850-10 (MALBATT 850-10) yang menyertai misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) bermula 2 Oktober ini.

“Untuk pengetahuan, kita mempunyai tentera yang menyertai misi PBB di Lubnan di bawah MALBATT. Kita akan meneruskan program pertukaran tersebut. Kali ini lapan rejimen askar diraja akan menggantikan anggota bertugas di sana. Setakat hari ini kita bersama PBB yang buat keputusan bahawa tentera pengaman yang berada di Lubnan kekal di situ.

“Saya akan bawa ke Kabinet untuk menasihatkan dan memaklumkan Kabinet bahawa kita akan meneruskan pertukaran anggota ini di Lubnan.

“Keadaan di Palestin…kita berharap dan berdoa supaya keadaan ini akan reda dan masing-masing balik ke meja perundingan,” katanya.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada vetera-veteran tentera yang pernah berkhidmat demi menjaga keamanan negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak untuk menghentikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu rakyat Palestin.

Tegas beliau, perkara tersebut bukanlah satu keputusan yang mudah kerana ia perlu mendapat kesepakatan daripada negara jiran bagi melancarkan proses memberi bantuan.

“Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej dan tazkirah mereka untuk singgung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jika mahu hantar tentera, termasuk pasukan pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan, ia mesti disepakati negara jiran. Jika tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat.

“Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Sejak perang tercetus di Palestin, lebih 6,500 rakyatnya terbunuh dalam serangan tanpa henti rejim zionis yang membedil hospital, sekolah, kedai, rumah penduduk.

*Foto : Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.