nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengeluaran getah rendah punca Malaysia masih perlu import

26 OKT : Malaysia perlu mengimport getah daripada negara luar kerana pengeluaran getah tempatan masih rendah berbanding permintaan daripada industri pembuatan barangan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengeluaran lateks negara hanya dapat menampung sekitar empat peratus jumlah penggunaan domestik pada 2022.

“Eksport bagi produk hiliran berasaskan lateks seperti sarung tangan getah adalah tinggi dengan jumlah sebanyak RM21.302 bilion bagi tahun 2022, iaitu 78 peratus daripada jumlah eksport produk getah.

“Justifikasi mengapa Malaysia perlu mengekalkan import getah asli daripada beberapa negara pengeluar seperti Thailand, Vietnam dan Afrika adalah kerana keperluan memenuhi permintaan domestik, terutama bagi sektor pembuatan produk getah berasaskan lateks.

“Pada tahun 2022, pengeluaran lateks negara hanya berjumlah 14,593 tan, sedangkan sektor pembuatan produk getah memerlukan 365,000 tan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN – Temerloh) berkaitan keputusan kerajaan masih import getah dari Thailand, Vietnam dan Afrika pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata untuk memenuhi permintaan pasaran eksport terutamanya getah kering, Malaysia turut mengeluarkan getah skrap (cuplump) sebanyak 362,000 tan, namun permintaan eksport getah kering berjumlah hampir 1 juta tan pada 2022.

Tambah beliau, bagi meneruskan operasi dan kekal berdaya saing, kerajaan turut menggerakkan sektor pemprosesan getah asli negara dengan anggaran kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.