nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin : Sidang Khas PBB kecoh

27 OKT : Sidang Khas Tergempar ke-10 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecoh apabila beberapa wakil Israel dan negara Arab saling bertikam lidah ketika perbincangan isu perang Palestin-Israel.

Sebahagian besar anggota menuduh Majlis Keselamatan PBB (UNGA) gagal mengambil tindakan dan tidak memainkan peranannya secara telus.

Ketegangan berterusan apabila Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi yang mewakili 22 negara Arab mendakwa Israel ‘menjadikan Gaza sebagai neraka yang kekal di bumi’.

Katanya, trauma bakal menghantui generasi akan datang sambil mengingatkan Israel bahawa hak mempertahankan diri bukanlah lesen untuk membunuh sewenang-wenangnya dan hukuman kolektif adalah jenayah perang, bukannya mempertahankan diri’.

Jordan turut mengedarkan deraf resolusi yang masih dalam perbincangan yang akan diundi hari ini di mana ia memberi tumpuan kepada krisis kemanusiaan, selain menggesa gencatan senjata segera dan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Semenanjung Gaza.

Ia juga menggesa semua pihak mematuhi peruntukan perlindungan orang awam.

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, mengecam deraf tersebut.

Negara Arab berharap Perhimpunan Agung yang mempunyai keseimbangan kuasa berbeza dan tiada negara memiliki veto mampu bertindak walaupun tidak terikat dengan sebarang resolusi.

Sementara itu, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata keadilan untuk rakyat Palestin adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi konflik semasa, bukannya keganasan berterusan.

Riyad menyeru negara-negara anggota supaya mengundi untuk menghentikan keganasan daripada berterusan, memperjuangkan keadilan di sebalik dendam dan keamanan di sebalik perang.

“Sementara kita berkumpul di sini orang Palestin di Gaza di hujani bom. Anda bercakap sementara keluarga dibunuh, sementara hospital berhenti beroperasi, sementara kawasan-kawasan hancur, sementara orang ramai melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain tanpa tempat selamat untuk pergi. Tidak ada masa untuk berduka,” katanya sebak.

Sebelumnya, Presiden Perhimpunan Agung PBB, Dennis Francis dalam ucapan pembukaannya berkata keganasan dalam konflik Israel-Palestin harus berakhir dan gencatan senjata serta pembukaan segera koridor bantuan kemanusian tanpa syarat adalah penting.

“Semua pihak yang terlibat dalam konflik ini harus mematuhi Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan perlu segera membenarkan pembukaan koridor kemanusiaan ke Semenanjung Gaza,” katanya.

Dalam pada itu, Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) jika Israel tidak berhenti menyerang Semenanjung Gaza, Washington akan terkena tempias.

Amaran itu disuarakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian sambil memaklumkan Hamas sudah menyatakan kesediaan untuk membebaskan tebusan awam namun Hamas mahu dunia turut mendesak pembebasan 6,000 rakyat Palestin di penjara Israel.

Selain itu, kata Hossein Iran bersedia memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan yang sangat penting bersama Qatar dan Turki.

Sementara Israel terus menunjukkan keangkuhannya apabila berkakta ketegangan yang sedang berlaku ketika ini tidak ada kena mengena antara Israel dan rakyat Palestin.

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan sebaliknya berkata pejuang Hamas punca di sebalik konflik peperangan yang berlaku di Gaza.

Sejak serangan tanpa henti bermula 7 Oktober lalu, angka mangsa terkorban meningkat ekpada 7,028 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.