nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Israel tak peduli undian UNGA, gesaan sekutu

28 OKT : Israel tetap meneruskan serangan terhadap Gaza meskipun menerima gesaan daripada negara sekutu rapatnya serta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang mengadakan undian bagi menggesa gencatan senjata dilakukan. 

Beberapa kuasa besar pada minggu ini turut  menggesa Israel menghentikan seketika serangan udara yang mengakibatkan 2.3 juta orang penduduk Gaza terkepung serta bantuan kemanusiaan tidak dapat disalurkan.

Keadaan itu turut mengakibatkan perselisihan umum antara Israel dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan ahli G7 lain seperti Jepun.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat semalam berkata negara itu menentang syor gencatan senjata manakala seorang pegawai kanan rejim Zionis menyifatkan gesaan itu sebagai ‘tidak jujur’.

Gesaan itu mendapat pelbagai reaksi di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan Brussels apabila  ada pihak yang bersetuju Israel melakukan gencatan senjata dan ada pihak lain pula mendakwa rejim Zionis berhak mempertahankan diri. 

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam kenyataan semalam berkata lonjakan konsensus global ‘perdamaian kemanusiaan’ sangat dialu-alukan selain gesaan gencatan senjata, pembebasan tebusan tanpa syarat dan agihan bantuan demi menyelamatkan golongan memerlukan.

Di Semenanjung Gaza, Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin bersetuju dengan resolusi UNGA pagi tadi agar menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, ketika Israel meningkatkan serangan ke atas wilayah itu.

Dalam satu kenyataan, Hamas turut mendesak Israel supaya menyalurkan bahan api dan bantuan kemanusiaan kepada orang ramai dengan segera. 

Dalam perkembangan lain, sebanyak tiga  treler membawa barangan perubatan, makanan dan minuman berjumlah AS$1.5 juta (RM7.2 juta) yang sebahagiannya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk warga Palestin akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju Gaza, selewat-lewatnya Isnin ini.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Mohd Johari Ismail berkata bantuan kecemasan ke Gaza masih terhad dan setakat ini, hanya 74 lori yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan dibenarkan melepasi lintasan Rafah manakala ratusan lori lagi masih beratur di pintu sempadan menunggu giliran.

“Antara makanan yang akan dihantar ke Gaza ialah daging, ikan dan kacang dalam tin, tepung gandum, keju, serbuk teh, manisan serta air minuman di dalam botol. Barangan itu dimasukkan ke dalam kotak kecil yang setiap satu seberat lapan kilogram. 

“Bagi barangan perubatan pula, antara barangan yang dibawa ialah pembalut luka, kerusi roda, katil, pengusung beroda, tongkat, alat pengimbas serta mesin ECG (elektrokardiogram) untuk rawatan jantung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.