nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bela Palestin: Belanda hormat pendirian Malaysia

1 NOV : Belanda menghormati dan memahami pendirian Malaysia yang lantang membela Palestin selain bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan rejim zionis Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disuarakan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dalam pertemuan di Seri Perdana hari ini.

“Beliau (Rutte) mengatakan setuju supaya ada langkah segera dan langkah hentikan serangan. Beliau minta laluan supaya dapat terus menghubungi pemerintah Israel dan juga melalui Qatar supaya dapat ada rundingan hentikan serangan itu.

“Keduanya, beliau setuju ada langkah tambahan seperti mana beliau dapat teruskan melalui Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi. Jadi, saya sekurang-kurangnya puas hati beliau (Rutte) dapat memahami pendirian kita (dalam isu Palestin),” kata beliau kepada pemberita selepas pertemuannya dengan Rutte.

Belanda memilih berkecuali dalam undian resolusi gencatan senjata segera serta membenarkan bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa halangan pada Sidang Khas Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Sabtu lalu.

Sebelum ini, Anwar lantang membela nasib rakyat Palestin mewakili Malaysia dan menggesa genjatan senjata disegerakan bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan ke wilayah terjejas.

Susulan itu, Kedutaan Amerika Syarikat memberi tiga notis tata tindak (demarche) kepada Malaysia atas kelantangan negara ini mempertahankan rakyat Palestin serta keengganan menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji sikap Rutte yang mengambil sikap lunak untuk mendengar dan memberikan pandangan mengenai isu Palestin selain memberi jaminan supaya pandangan Malaysia dibawa untuk perhatian rakan-rakan di Eropah.

“Beliau (Rutte) akui sentimen rakyat Belanda telah berubah, kalau dulunya mendukung serangan Israel dan sikap Eropah ini…sekarang majoriti itu tidak bersetuju tentang serangan berterusan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu turut menegaskan perlu ada usaha untuk menjamin keamanan dengan menghentikan serta-merta serangan ganas terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti anak kecil, wanita, orang awam serta kawasan hospital dan sekolah.

“Ini (serangan ke atas Palestin) hanya kerja yang paling biadap dan tidak bertamadun,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.