nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tunjuk bukti, Saifuddin beritahu Hamzah

3 NOV : Pembangkang dituntut mengemukakan bukti terhadap tuduhan dilemparkan bahawa kerajaan cuba menghasut ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehingga kini tiada bukti dikemukakan pembangkang berkait tuduhan itu.

“Pihak yang mendakwa kena datangkan bukti. Hari ini bila media tanya jawapannya adalah sedang mengumpulkan (bukti). Kalau itu maknanya belum sahih, belum pasti jadi. Kalau sedang kumpul (bukti) jangan buat tohmahan dulu, tunggu sehingga ada bukti wujudnya ugutan.

“Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis sendiri pun tak ada aduan berkenaan dakwaan itu. Jadi bola sebenarnya di gelanggang Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) dan PN untuk mendatangkan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Prihatin Komuniti Jabatan Pendaftar Pertubuhan Peringkat Zon Utara di Kulim pada Jumaat.

Terdahulu, Hamzah yang merupakan Ketua Pembangkang mendakwa terdapat percubaan daripada blok kerajaan untuk menghasut Ahli Parlimen PN bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Beliau mendakwa beberapa wakil rakyat PN didatangi seorang ahli perniagaan yang cuba untuk mengikat mereka ke dalam perbincangan mengenai pertukaran sokongan di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata Kerajaan Perpaduan tidak terdesak hingga memerlukan sokongan Ahli Parlimen PN untuk mengukuhkan pentadbiran pada ketika ini sebaliknya beliau berkata kedudukan kerajaan kini pada tahap meyakinkan.

“Kerajaan bergerak macam biasa, tak ada sebarang masalah. Dari sudut tahap sokongan yang ada sekarang…pada kedudukan sangat meyakinkan,” katanya.

Beliau turut menafikan terdapat ugutan yang mempengaruhi keputusan dibuat dua  Ahli Parlimen PN sebelum ini yang mengisytihar sokongan kepada kerajaan. 

“Tak ada apa-apa ugutan terhadap kedudukan kerajaan yang ada sekarang…jadi kalau ada umpamanya keadaan di mana beberapa ahli Parlimen daripada PN yang menyatakan sokongan, bagi kami, kami mengalu-alukan.

“Tapi nak katakan bahawa sokongan itu adalah hasil daripada mereka diugut, kita menafikan,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menyatakan sokongan kepada Anwar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.