nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-China kongsi kepakaran tangani keganasan global

3 NOV : Malaysia dan China bersedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong.

“Pertemuan hari ini memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam berhadapan cabaran berkaitan keselamatan sejagat di Asia dan juga dunia, amnya,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wang kepadanya di Sri Satria, hari ini.

Menurut Zahid, dalam pertemuan itu mereka bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Zahid berkata Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.

Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China awal tahun hadapan atas jemputan Presiden China, Xi Jinping dan Wang. 

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

Mengulas keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin, Zahid menegaskan Malaysia mempunyai pendiriannya sendiri dan mana-mana negara perlu menghormatinya.

“Tentunya Malaysia mempunyai pendirian sendiri dan kita mesti memberitahu mana-mana negara mesti menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara itu,” katanya.

Pada 1 November lepas, Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU berhubung pencegahan pembiayaan antarabangsa Hamas yang akan membenarkan sekatan dikenakan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pertubuhan Jihad Islam Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.